Momolositik (dalam bahasa Dusun) ataupun melastik adalah satu aktiviti yang digunakan untuk memburu binatang dan juga digunakan sebagai senjata semasa peperangan pada zaman dahulu yang pada ketika itu senapang belum wujud lagi. Momolositik secara meluas digunakan oleh suku kaum KadazanDusun. Lositik ini diperbuat daripada dahan bercabang yang kelihatan seperti huruf Y (takang), getah digunakan sebagai pengikat, minulang (diambil daripada kasut lama atau kulit binatang seperti rusa atau kambing), iaitu tempat menyimpan peluru dan juga batu atau tanah liat yang dibentuk bulat sebagai peluru. Tanah liat ini diambil di lereng–lereng bukit dan di dalam dasar sungai. Ianya dibentuk menjadi ketulan batu dan dijemur sehingga keras. Pada masa kini, aktiviti melastik lebih kepada bentuk pertandingan yang sering diadakan apabila ada pesta keramaian seperti bila tiba masanya Pesta Kaamatan, perkahwinan dan juga sambutan Hari keluarga dikalangan masyarakat Kadazan Dusun di Sabah.
Gambar asal diambil daripada http://paitanmission.blogspot.com
No comments:
Post a Comment