Sunday, 10 April 2011

SUKAN RAKYAT

Lari Lumba Guni (manangkus suang guni)
Ingin tahu? Di Daerah Tenghilan Sabah, lumba lari dalam guni adalah permainan yang sangat diminati dan sering diadakan selepas menuai padi atau semasa Pesta Kaamatan,  dan diadakan ditanah lapang. Caranya ialah, peserta dikehendaki masuk ke dalam guni, mulut guni ditarik ke paras pinggang sambil kaki melangkah cepat seperti dalam keadaan berlari atau melompat dengan karung. Jarak yang sesuai bagi perlumbaan ini ialah diantara  30 hingga 50 meter, bergantung pada keluasan tempat perlumbaan. Perlumbaan ini juga boleh disertai oleh seberapa ramai dan tidak mengikut umur perserta tersebut. Selain itu, pertandingan ini diadakan secara individu dan juga berganti-ganti.

SYARAT PERMAINAN
  • Pertandingan ini adalah terbuka kepada peserta lelaki dan wanita KECUALI wanita yang sedang mengandung adalah tidak dibenarkan sama sekali. 
  • Penyertaan bagi setiap kumpulan adalah tidak kurang daripada empat (4) bagi acara berganti-ganti dan individu. 
  • Semua peserta hendaklah sihat dari segi fizikal dan mental. 
  • Peserta yang dalam keadaan MABUK tidak dibenarkan untuk mengambil bahagian dalam pertandingan ini. 
  • Semua peserta hendaklah melapor diri ditempat pertandingan sebelum dimulakan.

Gambar diambil daripada laman http://museum.sabah.com.my


No comments:

Post a Comment